Rabu, 19 Oktober 2011

Subhanallah. Gambar Aneh Perbatasan Dua Lautan.

Kejadian luar biasa perbatasan dua lautan yang amat jarang sekali terlihat oleh manusia. Ini bukan perkara biasa yang berlaku kat muara sungai di mana air masin dan tawar bertemu. Ini terjadi di tengah-tengah lautan di Alaska. Tetapi ini hanya merupakan salah satu dari bukti kekuasan Allah yang tak terjumlah banyaknya. Alhamdulillah kita berjaya menikmati permandangan yang amat jarang berlaku ini (walau dalam gambar pun okay la hehe). Mungkin ini yang diperkatakan dalam Al-Quran, ada pemisah antara laut-laut. Korang pernah dengar tak ayat Quran tentang pemisah lautan ini? Apa? tak pernah? Cait tu la korang ni, asyik-asyik baca novel-novel cinta je. Bersama la kita menelaah al-Quran. Korang setuju tak kalau aku cakap al-Quran merupakan kitab atau buku yang terbaik di dunia? Setuju tak? Kalo setuju, kenapa korang tak mahu menelaahnya? Apa? Korang dah khatam Al-Quran? Khatam Quran sangat berbeza dengan menelaah al-Quran. Anyway, gi la baca foto artikel kat bawah ni.
“…Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya..” (Ar-Rahman : 19-20)




Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...